suria

Bekas Konstabel Polis Dipenjara Tiga Tahun Jual Motosikal Curi

KLANG: Seorang bekas anggota polis berpangkat konstabel dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas didapati bersalah menjual sebuah motosikal curi yang dilaporkan hilang kepada seorang lelaki, 10 tahun lepas.

Majistret Afifah Mamat 62, Jalan Raja Abdul Rahman, Taman Kapar, Kapar di sini, kira-kira pukul 8 malam pada Ogos 2001.

Kesalahan mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sepanjang perbicaraan, seramai tujuh saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sementara pembelaan mengemukakan seorang saksi.

Timbalan Pendakwa Raya Shahrul Ekhsan Hasim mewakili pihak pendakwaan. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain