suria

Remaja 15 Tahun Ditahan Bantu Siasatan Kes Buang Bayi Dalam Tandas

SERIAN: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun ditahan hari ini bagi membantu siasatan penemuan mayat bayi prempuan dalam tangki simburan tandas awam Hospital Serian Sabtu lepas.

Remaja yang masih dalam keadaan lemah itu ditahan di kediamannya di sebuah kampung dekat sini pada pukul 10.30 pagi, kata Ketua Polis Daerah Serian Deputi Supritendan (DSP) Jamali Umi.

"Remaja terbabit dikatakan telah berkahwin dengan seorang pemuda berusia 22 tahun," katanya di sini, Isnin.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan cuba membuang bayi dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Dalam kejadian pada pukul 5.10 petang 1 Januari lepas, seorang pencuci tandas wanita di Hospital Serian di sini menemui mayat bayi perempuan yang lemas dalam sebuah tangki simburan tandas. - BERNAMA

Artikel Lain