suria

Dr Jeffrey Kitingan Keluar Parti

KOTA KINABALU:Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan telah keluar daripada parti itu.

Menurut beberapa sumber, Dr Jeffrey telah menghantar surat peletakan jawatan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 1 Januari lalu.

Dr Jeffrey bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan sebarang komen pada Ahad.

Namun menurut seorang sumber yang rapat dengan beliau memberitahu pengasas Barisan Bersatu Borneo (UBF) itu merasakan sambutan tahun baru bukan masa sesuai baginya untuk keluar daripada parti itu.

Ia adalah hari pertama memasuki tahun baru, era baru, menurut sumber itu.

Dr Kitingan terdahulu merasmikan pembentukan UBF yang dianggap sebagai 'Kuasa Ketiga' dan alternatif kepada Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

Pembentukan itu dilihat sebagai satu platform untuk memperjuangkan hak dan keadilan bagi penduduk Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963.

Katanya, meskipun negeri-negeri di Kepulauan Borneo kaya dengan sumber semulajadi, ia masih kekal antara rantau termiskin di negara ini.

Artikel Lain