suria

Presiden Baru Mampu Kembalikan Keyakinan Rakyat: Ketua Pemuda MIC

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda MIC T.Mohan yakin presiden baru Datuk G.Palanivel mampu mengembalikan keyakinan orang ramai terhadap parti berkenaan.

Beliau berkata Palanivel akan mengambil langkah sewajarnya berusaha untuk kebaikan masyarakat India seperti yang dilakukan pemimpin parti terdahulu, Datuk Seri S.Samy Vellu.

Ditanya sama ada Palanivel akan menjadi pemimpin yang lebih baik, beliau berkata, "Kita perlu tunggu dan lihat".

Bercakap kepada pemberita selepas melakukan upacara sembahyang khas di kuil Batu Caves di sini pada Sabtu, Mohan juga berkata Palanivel bakal mengumumkan rancangan beliau berhubung ketelusan parti pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat MIC, 15 Januari ini.

Palanivel mengambil alih jawatan presiden MIC bulan lepas berikutan peletakan jawatan Samy Vellu, yang telah memimpin parti itu lebih 31 tahun.

Mohan berkata presiden baru itu juga telah berjanji akan menumpukan perhatian terhadap aktiviti belia kaum India sebagai persediaan mewujudkan generasi berkualiti pada masa depan.

Bagi dirinya, Mohan berkata beliau akan memberi tumpuan merekrut lebih ramai belia India ke perkhidmatan kerajaan tahun ini.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain