suria

Najib Temui Putera Mahkota Abu Dhabi

DUBAI: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota Abu Dhabi Jeneral Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan pada Ahad semasa melakukan lawatan peribadi ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Semasa pertemuan selama hampir tiga jam, kedua-dua pemimpin membincangkan isu-isu kepentingan bersama bagi Malaysia dan UAE. Najib juga menyampaikan undangan peribadi kepada Putera Mahkota itu untuk melakukan lawatan rasmi ke Malaysia dalam masa terdekat.

Sheikh Mohammed turut menjadi hos pada jamuan tengah hari untuk Perdana Menteri yang disertai oleh isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan tiga anak mereka.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain