suria

Kanak-kanak Perempuan Dikhuatiri Lemas Masih Belum Ditemui

KUALA TERENGGANU: Usaha mencari seorang kanak-kanak perempuan yang dikhuatiri lemas setelah terjatuh ke dalam parit sedalam dua meter berhampiran rumahnya di Kampung Kubang Putat, Seberang Pintasan Dungun masih diteruskan.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Dahlan Mohd Nor berkata usaha mencari dan menyelamat Durrani Arfah Masrul, 3, yang masuk hari ketiga kini diperluaskan sehingga ke kawasan pantai.

"Usaha mencari tidak lagi dtumpukan di dalam parit dan kawasan sekitar seperti sebelum ini, tetapi juga dilakukan di kawasan pantai kerana dikuatiri mangsa dihanyutkan ke laut," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Ahad.

Usaha mencari kanak-kanak malang itu dilancarkan selepas solat Jumaat lalu setelah kehilangannya disedari ibunya kira-kira pukul 12 tengah hari.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain