suria

Mangsa Banjir Di Pahang Kini 95 Orang

KUANTAN: Seramai 95 mangsa banjir kini berada di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Sungai Karang Darat di sini.

Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, jumlah itu bertambah berbanding 64 orang yang ditempatkan di pusat itu selepas kediaman mereka dinaiki air pada Khamis.

"Bagaimanapun, setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan selain daerah-daerah lain di negeri ini masih belum terjejas," katanya ketika dihubungi di sini, Jumaat.

Katanya setakat 10 pagi tadi, jalan di Km 18 Jalan Gebeng-Kuantan turut ditenggelami air dan hanya dibuka kepada kenderaan berat. - BERNAMA

Artikel Lain