DBKL Roboh Sarang Pelacuran Di Sekitar Ibu Kota - Semasa | mStar

DBKL Roboh Sarang Pelacuran Di Sekitar Ibu Kota

KUALA LUMPUR: Sebanyak 11 sarang pelacuran di sekitar Jalan Petaling dan Jalan Silang di sini hari ini dirobohkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi membanteras kegiatan rumah pelacuran.

Timbalan Penguasa Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan DBKL, Tanda Usoh berkata seramai 156 anggota termasuk wakil daripada beberapa agensi menyertai operasi tersebut termasuk dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)dan Jabatan Imigresen mulai tengah hari hingga 3 petang.

"Tindakan hari ini adalah memecah atau merobohkan bilik-bilik yang telahpun dipecahkan sebelum ini sebanyak sembilan kali. Di Jalan Silang sahaja, kita memecah sebuah premis dua tingkat yang mempunyai 37 bilik," katanya kepada pemberita.

Tiada tangkapan yang dibuat.

"Mulai esok, kita akan menempatkan lima anggota serta seorang pegawai untuk memantau premis-premis berkenaan. Kita akan pantau dan lihat selepas premis-premis ini dipecahkan. Kalau ada individu yang dilihat membuka kembali premis ini, tindakan akan diambil.

"Memang tiada kesudahannya aktiviti ini, kita hanya boleh pecah dan tahan lesen perniagaan mereka, tapi kita tidak boleh robohkan sesebuah bangunan 100 peratus macam itu sahaja, itu di luar bidang kuasa kita," kata Tanda. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini