suria

Tun Abdullah Lawat Yang Dipertua Pulau Pinang Di Hospital

GEORGE TOWN: Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini melawat Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini.

Abdullah yang ditemani isterinya Datin Seri Jeanne Abdullah meluangkan masa lebih sejam di hospital itu dan kelihatan berbual dengan Abdul Rahman.

Turut menemai lawatan Abdullah ialah isteri Abdul Rahman Toh Puan Majimor Shariff.

Abdul Rahman yang dimasukkan ke HPP 22 Disember lepas selamat menjalani pembedahan membuang batu karang pada hari berikutnya, dan beliau kini beransur pulih. -BERNAMA

Artikel Lain