suria

KPM Saran Sesi Orientasi Persekolahan 2011 Esok Diteruskan

PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran menyarankan sesi orientasi persekolahan 2011 dan pendaftaran murid yang dijadual esok diteruskan sekalipun diisytiharkan hari cuti umum.

Kementerian itu dalam satu kenyataan di sini berkata ini kerana kebanyakan sekolah telah melakukan persiapan awal bagi aktiviti tersebut yang diadakan sebagai persediaan sesi persekolahan 2011.

"Demi kepentingan pelajaran dan kemudahan kepada ibu bapa, kementerian menyarankan supaya aktiviti tersebut diteruskan," kata kenyataan itu.

Kementerian itu turut mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak negara yang dinobatkan sebagai juara Piala AFF Suzuki di Indonesia semalam, kata kenyataan tersebut.

Kenyataan itu juga berkata kementerian berterima kasih dan menghormati serta menghargai cuti umum yang diberi Perdana Menteri sempena kejayaan tersebut. -BERNAMA

Artikel Lain