suria

Trafik KL Ambil Tindakan Kurangkan Kesesakan Di Kaunter Bayaran Saman

KUALA LUMPUR: Polis cawangan Trafik Kuala Lumpur mengambil beberapa tindakan bagi mengurangkan kesesakan di kaunter bayaran saman untuk kemudahan kepada orang ramai.

Pegawai Perhubungan Awam Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur ASP Suffian Sulaiman berkata antara tindakan yang diambil ialah melanjutkan masa bayaran di kaunter pada hari bekerja dan juga melanjutkan waktu bayaran pada hari Sabtu mulai pukul 9 pagi hingga 3 petang yang sebelum dari pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari.

Kaunter bayaran juga tidak ditutup pada waktu rehat dan waktu makan tengah hari, katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.

Beliau berkata IPK juga akan menyediakan petugas untuk memaklumkan orang ramai yang sedang beratur mengenai bayaran saman itu boleh dibuat di 63 pejabat Pos di Wilayah Persekutuan.

"Petugas ini akan bertindak sebagai kaunter pertanyaan yang bergerak bagi menjawab soalan-soalan daripada orang ramai yang sedang menunggu giliran membuat semakan dan bayaran," menurut kenyataan itu.

Beliau berkata penambahan kaunter bayaran saman dan ruangan menunggu yang selesa kini dalam proses pelaksanaan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain