suria

Sultan Kelantan Sampai Bantuan Kepada 137 Penduduk Miskin Di Gua Musang

GUA MUSANG: Seramai 137 penduduk miskin termasuk 29 daripada kalangan Orang Asli di sini menerima bantuan zakat dan rumah yang disampaikan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V pada Selasa.

Daripada jumlah itu, 129 menerima bantuan zakat manakala bakinya menerima bantuan rumah daripada Majlis Agama Islam Kelantan dalam satu majlis di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Sungai Asap B di sini.

Selepas penyampaian itu, Sultan Muhammad V turut berkenan melawat seorang peneroka, Sudin Che Ya, 59, yang menghidap asma kronik di RKT itu.

Sudin ketika ditemui Bernama selepas itu meluahkan rasa terharu dengan kunjungan Sultan Kelantan tersebut.

Kunjungan baginda adalah bukti Sultan Muhammad V amat prihatin terhadap rakyat pedalaman, katanya.

Sementara itu, seorang penerima bantuan rumah, Asiah Ahmad, 57, berkata dengan adanya rumah baru itu dia sekeluarga tidak perlu lagi tinggal dalam keadaan daif. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain