Plat MCA 1 Dan MCA 2 Milik Syarikat Dari Johor - Semasa | mStar

Plat MCA 1 Dan MCA 2 Milik Syarikat Dari Johor

MELAKA: Nombor pendaftaran kenderaan "MCA 1" yang ditender pada harga RM300,100, harga tertinggi untuk nombor plat kenderaan di Malaysia setakat ini, dimiliki Asset Nusa Sdn Bhd, sebuah syarikat dari Johor Baharu.

Syarikat yang sama juga berjaya mendapatkan nombor pendaftaran "MCA 2" yang ditender pada harga RM101,000, kata jurucakap Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka.

"Kita akan menghantar surat jawapan kepada semua pembida yang berjaya dalam masa dua minggu dan selepas itu surat jawapan bagi mereka yang tidak berjaya turut dihantar secara berperingkat," kata jurucakap itu kepada pemberita di ibu pejabat JPJ Melaka di sini, Rabu.

Orang ramai boleh datang melihat keputusan penuh tender nombor pendaftaran siri "MCA" yang dipamerkan di pejabat JPJ Melaka atau menyemaknya melalui www.jpj. gov.my.

Bidaan bagi nombor pendaftaran "MCA 1" itu mengatasi "TAY 1" yang sebelum ini ditender pada harga RM242,000 dan "TAN 1" sebanyak RM200,900.

Pengerusi MCA Melaka Datuk Gan Tian Loo pula memiliki "MCA 5" bernilai RM28,600 manakala "MCA 7" dimiliki Anggota Jawatankuasa Pusat MCA Datuk Koh Nai Kwong.

"MCA 3" bernilai RM50,000 pula menjadi milik Koh Chong Kok, "MCA 4" bernilai RM14,444 dimiliki Noraini Abdul Ghapor, "MCA 8" dimiliki Oh Swee Yen pada harga RM88,168 dan "MCA 2020" bernilai RM320 dimiliki Angeline Tai Yin Yen.

Parti MCA pusat turut membeli nombor pendaftaran "MCA 1949" untuk memperingati penubuhan parti itu dengan nilai RM2,200 dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam menggunakan nombor pendaftaran "MCA 1010" bernilai RM550 manakala 1Malaysia Community Alliance Foundation menggunakan "MCA 1999" bernilai RM310.

"Nombor pendaftaran "MCA 888" pula mendapat tender terbanyak iaitu 15 bidaan dengan yang tertinggi pada harga RM15,400," kata jurucakap itu.

Individu yang berjaya mendapatkan nombor pendaftaran itu ialah Lee Mun Sang.

JPJ dianggarkan mengutip RM1.5 juta hasil tempahan nombor pendaftaran siri "MCA". -BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain