KUANTAN: Mayat seorang lelaki ditemui tersandar di bahagian tempat duduk pemandu dalam sebuah kereta buruk di bengkel tidak berpenghuni di Tanah Putih di sini, petang Rabu.Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kuantan, DSP Kamaruzzaman Jaafar berkata mangsa yang dikenali sebagai Rosmadi Rahim, 30, dijumpai dalam keadaan tidak berbaju serta berbau, dipercayai telah meninggal dunia beberapa hari lepas. Beliau berkata, mangsa kali terakhir dilihat oleh beberapa kenalannya pada Khamis lepas."Ketika itu mangsa ada mengadu demam kepada kenalannya, sebelum meminta mereka menghantarnya ke sebuah bengkel kereta lama di Tanah Putih," katanya kepada pemberita hari ini.Bagaimanapun, katanya, mangsa telah ditemui mati pada 5 petang semalam oleh orang awam di kawasan itu.Polis sedang menyiasat punca kematian, namun ia dipercayai tiada unsur jenayah, katanya. - BERNAMA