suria

Tukang Kimpal Dipenjara Enam Tahun Kerana Merogol

SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen di sini memerintahkan seorang tukang kimpal menjalani hukuman penjara selama enam tahun bermula Selasa, kerana merogol seorang remaja di bawah umur, enam tahun lalu.

Hakim Hasbi Hasan membuat keputusan itu terhadap Wong Kim Lin, 27, selepas mendapati pembelaannya gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap pertuduhan.

Perbicaraan sebelum ini melibatkan keterangan 17 saksi pendakwaan dan empat saksi pembelaan.

Wong didakwa merogol mangsa berusia 14 tahun pada antara pukul 9 dan 10 malam, antara 15 Februari dan 15 April 2004 di rumah nombor 42, Jalan 1/3, Taman Wangsa Permai, Kepong, dekat sini.

Mangsa semasa itu tidak lagi bersekolah dan bekerja di sebuah restoran.

Perbuatan tertuduh terbongkar selepas kakak mangsa membuat laporan polis menyebabkan dia ditangkap pada 31 Mei 2004.

Pendakwaan terhadap tertuduh dikendalikan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu, pihak pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Faridah Nurdinie Bahrum.

Artikel Lain