KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa menetapkan 30 Mac bagi pengurusan kes saman fitnah RM10 juta Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong yang didakwa mengeluarkan kata-kata fitnah.Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Nazri Ismail menetapkan tarikh itu di dalam kamar selepas menemui peguam Anwar, Wan Anuar Shaddat Mohamed Amin dan Ng Chew Hor yang mewakili Wee, ketika kes itu dikemukakan untuk pengurusan kes. Pada 18, 2008, Anwar memfailkan saman mendakwa Wee mengeluarkan kata-kata fitnah semasa berkempen pilihan raya kecil Machap pada 2007.Beliau berkata kata-kata memfitnah itu mengandungi satu artikel bertajuk "parti-parti pada kempen terakhirnya" yang disiarkan dalam laman web Malaysiakini.Anwar berkata perkataan fitnah itu oleh Wee adalah disengajakan dan dibuat dengan niat tidak jahat. - BERNAMA