SPRM P.Pinang Tahan Ketua Jabatan Dan Pengurus Kanan Disyaki Rasuah - Semasa | mStar

SPRM P.Pinang Tahan Ketua Jabatan Dan Pengurus Kanan Disyaki Rasuah

GEORGE TOWN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang pada Isnin menahan seorang ketua jabatan berpangkat pengarah dan seorang pengurus kanan sebuah perbadanan kerajaan negeri kerana dipercayai terlibat dalam rasuah.

Pengarahnya Datuk Latifah Md Yatim berkata pihaknya menahan pengarah berusia 44 tahun yang bertugas di Seberang Perai itu pada kira-kira pukul 10 pagi di pejabat SPRM negeri.

Pengurus kanan itu ditahan pada pukul 1 petang di sebuah balai polis di sini, katanya pada sidang akhbar di sini pada Isnin.

Beliau berkata pengarah yang telah berkhidmat sebagai penjawat awam sejak 20 tahun itu ditahan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah daripada seorang kontraktor pada tahun 2008 dan 2009.

"Dia yang bertugas di negeri ini sejak 2008 disyaki meminta dan menerima rasuah sebanyak RM16,325 sebagai deposit sebuah kenderaan daripada seorang kontraktor yang menjalankan kerja-kerja pembaikkan dan penyelenggaraan pejabatnya," katanya.

Latifah berkata pengarah berkenaan didakwa melakukan perbuatan itu di Kulim, Kedah.

Katanya pengarah itu kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Dia akan didakwa di Mahkamah Sesyen Sungai Petani, Kedah esok, katanya.

Beliau berkata manakala pengurus kanan berusia 53 tahun itu disyaki telah memalsukan dokumen pada Ogos 2008.

"Dia yang diberi tanggungjawab menguruskan bahagian kewangan melalui satu memo telah membayar tuntutan yang dibuat oleh sebuah syarikat berhubung dengan pembekalan alatan modul komunikasi bernilai RM5,700 untuk dipasang dalam sistem perakam waktu sedangkan alatan tersebut tidak dibekalkan," katanya.

Katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 11 (c) Akta Pencegahan Rasuah 1997. Beliau berkata pengurus kanan itu juga akan didakwa di Mahkamah Sesyen George Town di sini esok. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain