suria

Lelaki Myanmar Terbunuh Motosikal Langgar Pasu Bunga

IPOH: Seorang lelaki warga Myanmar terbunuh selepas motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan lalu merempuh pasu bunga hiasan di Km 54, Jalan Ipoh-Taiping, pada Ahad malam.

Do-Ley, 23, pekerja kilang simen di Jalan Kuala Kangsar yang cedera parah meninggal ketika dikejarkan ke Hospital Kuala Kangsar.

Ketua Polis Trafik Negeri, Supritendan Wan Abdullah Ishak berkata mangsa dalam perjalanan balik ke rumah sewanya di Padang Rengas apabila kemalangan itu berlaku pada 9.25 malam.

"Ketika menuruni bukit di jalan berkenaan, mangsa dikatakan gagal mengawal motosikalnya lalu merempuh pasu hiasan di tengah jalan dan terjatuh.

"Mangsa kemudian dibantu orang awam untuk dihantar ke hospital dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan," katanya. Dalam kes lain, seorang pemandu lori terbunuh selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan lain di Km 40, Jalan Ipoh-Kuala Kangsar dekat Sungai Siput tengah malam tadi.

Wan Abdullah berkata mangsa dikenali sebagai Tana Sigaran, 31, dari Taman Seri Desa, Jalan Kuala Kangsar.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain