Isa Samad Enggan Ulas Laporan Dilantik Sebagai Pengerusi Felda - Semasa | mStar

Isa Samad Enggan Ulas Laporan Dilantik Sebagai Pengerusi Felda

SEREMBAN: Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad enggan mengulas mengenai laporan sebuah akhbar berbahasa Melayu pada Isnin bahawa beliau akan dilantik sebagai pengerusi Felda yang baru.

Ketika dihubungi Bernama pada Isnin, katanya, setakat ini beliau belum menerima apa-apa makluman mengenainya dan hanya mengetahuinya menerusi laporan akhbar tersebut.

Menurut laporan Utusan Malaysia hari ini yang memetik sumber, Mohd Isa bakal mengambil alih jawatan tersebut daripada Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor yang akan tamat kontrak pada 31 Dis ini.

Laporan itu menyebut pengumuman mengenai pelantikan rasmi Mohd Isa akan dibuat dalam tempoh terdekat ini.

Mohd Isa, 61, menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun dari April 1982 hingga Mac 2004.

Beliau juga merupakan bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan bekas Naib Presiden UMNO.

Mohd Isa kini merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Pinang setelah memenangi pilihan raya kecil kawasan itu pada 11 Okt 2009. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

JAIS Tangkap Pesalah Maksiat Jika Ada Aduan

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

Artikel Lain