suria

IPD Brickfields Pindah Ke Sri Petaling 1 Januari

KUALA LUMPUR: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)Brickfields akan berpindah sementara ke Balai Polis Sri Petaling bermula 1 Januari ini.

Ini berikutan bangunan IPD yang sedia ada akan dirobohkan bagi pembinaan bangunan yang baru.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid dalam kenyataan hari ini berkata alamat penuh bagi IPD sementara itu ialah di No 17, Jalan Radin Anum (1), Bandar Baru Sri Petaling, Kuala Lumpur.

Ekoran itu katanya talian hotline IPD berkenaan iaitu 03-22744465 ditamatkan perkhidmatan bermula 10 malam semalam, dan talian hotline IPD Brickfields di Sri Petaling ialah 03-90516222/90571086.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain