suria

Ibu Maut, Tiga Anak Cedera Dalam Kemalangan

KUANTAN: Seorang ibu maut manakala tiga anak prempuannya cedera termasuk seorang parah, apabila sebuah kereta jip dikatakan bertembung dengan kereta yang dipandu wanita tersebut di Km7, Jalan Jerantut-Temerloh semalam.

Zuwita Zawawi, 41, yang cedera di kepala meninggal di tempat kemalangan sementara anaknya yang berumur 17 cedera parah dan yang berumur 11 serta 22 tahun cedera ringan.

Ketua Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang, Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, Zuwita memandu kereta Proton tersebut dan mereka dalam perjalanan dari arah Kuala Krau menghala ke Jerantut apabila kemalangan itu berlaku pada 7.30 malam.

"Sampai di tempat kejadian, sebuah kenderaan jip yang datang dari arah bertentangan dikatakan telah memasuki laluan mangsa, ketika pemandu jip itu cuba memotong kenderaan lain.

"Bagaimanapun pemandu itu gagal berbuat demikian lalu dia bertembung dengan kenderaan yang dipandu Zuwita," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain