suria

Raja Perlis Lawat Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Di HPP

GEORGE TOWN: Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullai pada Ahad berkenan melawat Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas yang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini.

Baginda tiba di HPP pada kira-kira 6 petang dengan diiringi Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid dan Toh Puan Majimor Shariff.

Pasangan Diraja itu meluangkan masa kira-kira sejam di wad berkenaan.

Turut mengiringi baginda ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Datuk Zainal Rahim Seman dan Ketua Polis Negeri Datuk Ayub Yaakub.

Abdul Rahman yang dimasukkan ke HPP Rabu lepas, selamat menjalani pembedahan membuang batu karang sehari selepas itu dan keadaannya kini dilaporkan stabil.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain