suria

Kontraktor Maut Dalam Kemalangan Langgar Lari

GEORGE TOWN: Seorang kontraktor kecil maut dalam kemalangan langgar lari dengan motosikalnya diseret sejauh 50 meter oleh sebuah lori di Jalan Yeap Chor Ee di sini petang Jumaat.

Aung Kok Guan, 58, mati ditempat kejadian yang berlaku pada 3 petang.

Mangsa dikatakan baru keluar dari rumahnya di Jalan Jelutong dan dalam perjalanan ke tempat kerja.

Pegawai Turus Trafik Negeri, Deputi Superintendan (DSP) Abdul Rahim Md Din mengesahkan kejadian itu dan berkata mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain