suria

Lori Gas Terbakar Di Lebuh Raya Utara-Selatan

TAPAH: Sebuah lori yang dipercayai membawa tong gas LPG terbakar di Lebuh Raya Utara-Selatan arah ke selatan dekat sini kira-kira 3.15 petang pada Khamis.

Menurut seorang pengguna jalan raya yang menyaksikan kejadian itu, lori itu berhenti sebelum kawasan Rawat dan Rehat Tapah dan terbakar.

Kejadian itu menyebabkan kesesakan teruk di lebuh raya dan pengguna yang menghala ke selatan diminta keluar di Tol Tapah dan menggunakan jalan persekutuan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain