suria

Kelantan Bina Kilang Pelupusan Sisa Pepejal RM20 Juta

KOTA BAHARU: Kerajaan Kelantan dengan usaha sama sebuah syarikat swasta luar negara akan membina sebuah kilang pelupusan sisa pepejal termoden bernilai RM20 juta untuk digunakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Kilang itu akan dibina di kawasan tapak pelupusan sampah di Kampung Telong, Kandis, dekat Bachok, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan.

"Kita akan mula melaksanakan kerja membina kilang itu dengan sebuah syarikat dari China tahun depan," katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.

Beliau berkata dengan adanya kilang itu, 60 peratus sampah yang dipungut oleh PBT di seluruh negeri akan dihantar ke situ untuk diproses.

"Keistimewaan kilang ini ialah ia boleh memproses sisa buangan sampah jenis organik untuk dijadikan baja tanaman yang akan memberi pulangan pendapatan kepada kerajaan," kata Takiyuddin. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain