Tunai Nazar Selepas Bebas Tuduhan Sebabkan Kematian - Semasa | mStar

Tunai Nazar Selepas Bebas Tuduhan Sebabkan Kematian

SHAH ALAM: Tindakan seorang ahli perniagaan yang spontan melakukan ritual keagamaan sebaik sahaja dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan menyebabkan kematian seorang remaja mengejutkan semua yang berada di Mahkamah Sesyen di sini, pada Rabu.

Peguam V.Ayasamy dengan segera memohon maaf atas perbuatan anak guamnya, S.Anumathan, 42, yang memakai kemeja lengan pendek hitam dan berkain sarung serta tidak berselipar.

“Ia hanya satu bacaan doa. Saya minta maaf,” katanya kepada Hakim Hasbi Hasan.

Anumathann kemudiannya memberitahu media, bahawa dia akan ke India untuk membayar nazar dan melakukan upacara keagamaan.

Sebelum ini, dia didakwa atas tuduhan menyebabkan kematian, Zulkifli Parman, 23, yang berasal dari Sabah pada antara pukul 10.30 malam, 8 Januari 2006 dan pukul 2.30 pagi, keesokan harinya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di perhentian bas, Jalan Suci 25/90, Seksyen 25, di sini.

Bagi kesalahan itu, Anumathan dibicarakan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Pada penghakimannya, Hasbi berkata, beliau mendapati pihak pendakwaan telah gagal menimbulkan prima facie untuk memanggil tertuduh membela diri terhadap tuduhan tersebut.

“Setelah membuat penilaian yang maksimum kepada keterangan yang dikemukakan di mahkamah, didapati terdapat banyak kelompangan dalam kes pendakwaan,” tambahnya.

Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya Faridah Nurdinie Bahrum hadir mengambil keputusan itu untuk pihak pendakwaan.

Artikel Sebelum

Tukang Cat Mengedar Dadah Dihukum Mati

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

Artikel Lain