suria

Perkhidmatan Kaunter Imigresen Ditutup Sempena Hari Krismas

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia menutup perkhidmatan kaunter di semua cawangannya sempena cuti Hari Krismas, kata Ketua Pengarahnya Datuk Alias Ahmad, Rabu.

Operasi di Jabatan Imigresen Negeri di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah akan ditutup pada 25 dan 26 Disember manakala di Kedah pada 24 dan 25 Disember, kata beliau dalam kenyataan di sini.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada Bilik Gerakan, Ibu Pejabat Imigresen Malaysia, Putrajaya di talian 03-8880 1555/1556. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain