suria

Kastam KL Rampas Barangan Bernilai RM24.3 Juta Tahun Ini

KUALA LUMPUR: Kastam Diraja Malaysia Kuala Lumpur menumpaskan 210 kes cubaan menyeludup dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM24.3 juta dan duti atau cukai berjumlah RM68.3 juta dalam operasi sepanjang tahun ini.

Pengarah Kastam Kuala Lumpur Datuk Saadon Mohd Dros berkata antara barangan utama yang dirampas berupa rokok, minuman keras dan kenderaan.

"Ada berlaku peningkatan berbanding tahun lepas iaitu pada tahun lepas sebanyak 192 kes dengan nilai rampasan RM30.7 juta dan duti atau cukai sebanyak RM44.3 juta," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Dalam pada itu, beliau berkata projek 'Customs on Line Services Tax Reporting' yang dimulakan Januari depan akan memudahkan semua pemegang lesen cukai perkhidmatan menghantar maklumat transaksi jualan kepada pihak Kastam.

Saadon berkata sebagai permulaan, projek perintis ini akan dimulakan ke atas perkhidmatan seperti restoran dalam dan luar hotel, pusat hiburan dan rumah urut serta pusat kesihatan.

"Projek ini akan dikembangkan ke lain-lain perkhidmatan dan akan dilaksanakan ke seluruh negara," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain