suria

APMM Patahkan Cubaan Seludup Keluar Beras Bersubsidi

TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tawau mematahkan cubaan menyuludup keluar 160 kilogram beras bersubsidi ke negara jiran.

Ketua Penguatkuasa Maritim Tawau, Komander (Maritim) Amran Daud berkata beras berkenaan dirampas dalam dua buah bot yang dalam perjalanan dari Tawau ke Sungai Melayu di Pulau Sebatik pada 10.30 pagi Rabu.

Katanya bulan ini sahaja APMM telah mematahkan tiga cubaan menyeludup keluar beras bersubsidi berkenaan melibatkan rampasan 430kg. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain