suria

Afidavit Sahkan APCO Worldwide Tak Terlibat 'One Israel'

KUALA LUMPUR: APCO Worldwide berkata satu afidavit yang baru saja dikeluarkan membuktikan apa yang dikatakannya sebelum ini bahawa ia tidak terlibat dengan program "One Israel" adalah benar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz mendedahkan kepada umum satu afidavit daripada perunding politik yang terlibat dengan "One Israel" yang menyatakan bahawa dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap APCO adalah palsu.

"Sebarang kenyataan mendakwa APCO terlibat dengan ‘One Israel’ adalah palsu.

"Juga tidak benar ialah APCO terlibat dengan kewujudan 1Malaysia," kata APCO, firma perhubungan awam antarabangsa yang dilantik oleh kerajaan Malaysia, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh ibu pejabatnya di Washington.

Syarikat itu berkata ia pertama kali mendapat tahu mengenai inisiatif 1Malaysia pada awal 2009, beberapa bulan selepas ianya diumumkan dalam satu ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

APCO juga berkata ia telah bekerjasama dengan jawatankuasa hak dan keistimewaan Dewan Rakyat dan telah memberikan maklumat yang lengkap dan benar bersama bukti berhubung dakwaan palsu terhadap syarikat itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain