Polis Tahan 12 Lelaki Disyaki Ah Long, Rampas 250 Kad ATM

KUCHING: Polis menahan 12 lelaki yang disyaki terlibat dalam kegiatan ceti haram, atau 'Ah Long' dan merampas kira-kira 250 keping kad ATM daripada mereka, di sini Isnin.

Menurut sumber semua lelaki yang berumur antara 18 dan 36 tahun itu ditahan dalam dua serbuan di sini selepas polis mendapat maklumat daripada orang awam.

Dalam serbuan pertama, polis merampas 102 keping kad ATM selepas menahan lima lelaki di sebuah bank di Jalan Satok di sini pada pukul 5 pagi, dan kira-kira satu setengah jam kemudian, polis polis menahan tujuh lagi lelaki dan merampas 146 keping kad ATM di sekitar tempat yang sama.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner (ACP) Mun Kock Keong ketika dihubungi Bernama mengesahkan kes itu dan berkata, polis sedang menyiasat sekiranya semua kad ATM yang dirampas adalah kad palsu atau tulen. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain