suria

Dewan Negara Lulus Rang Undang-Undang Perbekalan 2011

KUALA LUMPUR: Dewan Negara meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2011, yang sebelum ini dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat pada 15 Oktober lepas.

Bajet yang diluluskan itu melibatkan peruntukan sebanyak RM212 bilion, iaitu 2.8 peratus lebih tinggi berbanding peruntukan bagi 2010.

Daripada jumlah itu, RM162.8 bilion adalah untuk perbelanjaan operasi dan RM49.2 bilion bagi pembangunan.

Ia diluluskan selepas dibahaskan selama tiga hari sejak 14 Disember lepas, diikuti sesi penggulungan yang mengambil masa dua hari dan membabitkan 24 kementerian.

Isnin lepas, Dewan Rakyat meluluskan rang undang-undang tersebut tanpa sebarang masalah.

Persidangan dewan disambung esok. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain