suria

Bom Tangan Ditemui Di Pusat Pelupusan Sampah

KANGAR: Sebutir bom tangan ditemui di tempat pelupusan sampah di Padang Siding dekat sini, malam Isnin ketika seorang pemandu jentolak sedang melakukan kerja-kerja meratakan sampah di situ.

Timbalan Ketua Polis Daerah Arau Deputi Supritendan Lee Swee Meng berkata pihaknya menerima panggilan pukul 8.15 malam kira-kira 15 minit selepas bom itu ditemui dan bergegas ke lokasi.

Bom tangan itu dikatakan ditemui pemandu jentolak itu yang mulanya tidak menyangka objek besi yang ditemuinya di pusat pelupusan sampah itu adalah bom tangan.

Bom itu dimusnahkan di lokasi terbabit pukul 9 pagi Selasa kerana usaha memusnahkannya malam semalam tidak dapat dilakukan berikutan hujan.

Lee yang ditemui dilokasi itu, Selasa menasihati orang ramai agar melaporkan kepada polis sekiranya menemui sebarang objek ganjil dan meragukan untuk tindakan lanjut. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain