suria

Bekas Pengurus Kanan Kebolehan Marin Sime Darby Engineering Sdn Bhd Mengaku Tidak Bersalah Makan Suap

KUALA LUMPUR: Bekas Pengurus Kanan Kebolehan Marin Sime Darby Engineering Sdn Bhd mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini Selasa, atas tuduhan memperoleh suapan wang tunai RM200,000 untuk mencadangkan kontrak berjumlah USD$134.2 juta, dua tahun lalu.

Pengakuan Mazhazmi Jamaludin, 36, direkodkan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Tertuduh didakwa menerima suapan itu daripada pemilik MLC Shipbuildings Sdn Bhd, Redzuan Goh Mohamed Karian di pejabat syarikat tersebut di sini antara pukul 1.25 petang dan 5 petang, 31 Disember 2008.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain