KDN Akan Pastikan Kumpulan Syiah Tidak Terlibat Dengan Kegiatan keganasan - Semasa | mStar

KDN Akan Pastikan Kumpulan Syiah Tidak Terlibat Dengan Kegiatan keganasan

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri akan mendapatkan maklumat dari negara luar mengenai mereka yang terlibat dalam mengembangkan ajaran kumpulan Syiah bagi memastikan mereka tidak terlibat dengan sebarang aktiviti keganasan.

Menteri berkenaan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Malaysia akan mendapatkan kerjasama negara-negara luar termasuk Arab Saudi, Iran, Indonesia dan Singapura bagi mendapatkan maklumat berkenaan.

Walaupun anggota kumpulan Syiah yang ditahan baru-baru ini kerana kegiatan ajaran sesat tidak menjejaskan keselamatan negara, kerajaan tetap memantau mereka yang terlibat bagi memastikan fahaman yang dibawa mereka tidak mempunyai unsur keganasan, katanya.

Hishammuddin berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program rondaan berbasikal bersama masyarakat yang melibatkan polis, Rela, Jabatan Pertahanan Awam dan masyarakat setempat di kawasan Pandan Indah, Ampang dalam usaha menangani kes jenayah.

"Dunia yang tanpa sempadan hari ini menuntut kita mendapat sebanyak mungkin maklumat untuk kita pastikan bahawa gerakan-gerakan sebegini tidak menjejaskan keharmonian, keselamatan dan kedudukan negara kita yang terdiri daripada pelbagai kaum," katanya, Ahad.

Pada 14 Disember lepas, seramai 200 pengikut kumpulan itu termasuk dua ketua kumpulan ditahan di sebuah rumah kedai di Taman Sri Gombak, Batu Caves setelah dikatakan berbahaya kerana menganggap penganut Islam mazhab lain sebagai kafir dan halal dibunuh.

Dua ketua kumpulan itu termasuk seorang warga Iran telah dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, pada 16 Dis dan dibebaskan dengan jaminan.

Dalam serbuan sepasukan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada pukul 10.15 malam itu, kesemua mereka yang terdiri daripada lelaki dan perempuan termasuk kanak-kanak sedang khusyuk berselawat dan mendengar khutbah daripada seorang lelaki warga Iran.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain

Wan Kuzain sertai latihan skuad Sukan SEA