suria

Rundingan Ambil Alih Air Selangor Dilakukan Secara Profesional

PETALING JAYA: Rundingan baru bagi pengambilalihan bekalan air antara Kerajaan Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) akan dilakukan dengan penuh profesional, telus dan beretika walaupun Syabas menfailkan saman RM471 juta terhadap kerajaan negeri.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata pihaknya akan melakukan yang terbaik untuk mempertahankan diri terhadap tuntutan Syabas berikutan keengganan kerajaan negeri membenarkan tarif air dinaikkan

Bagaimanapun katanya, kerajaan negeri tidak akan membiar kes tersebut mempengaruhi rundingan yang akan dijalankan.

"Kami sentiasa profesional, telus dan kami akan terus bersikap begini dalam rundingan yang dijalankan," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Kerajaan Selangor ketika ini sedang menyiapkan dokumen-dokumen tawaran kepada pemegang konsesi air iaitu Syabas, Puncak Niaga (M) Sdn Bhd, Abass dan SPLASH bagi mengambil alih industri air.

Rundingan air fasa baru ini bermula selepas Kerajaan Persekutuan memberi 'lampu hijau' kepada kerajaan negeri untuk mengadakan rundingan secara terus dengan syarikat konsesi.

Artikel Lain