suria

Pembinaan Projek MRT RM36b Bermula Julai 2011

KUALA LUMPUR: Projek Transit Aliran Massa (MRT) yang bertujuan untuk menyelesaikan masalah pengangkutan Greater KL / Lembah Klang telah diluluskan kerajaan dan akan memulakan pembinaan pada Julai tahun depan.

Fasa pertama membabitkan laluan Sungai Buloh dan Kajang sejauh 60 kilometer melalui 35 stesen.

Ia akan menjadikan beberapa laluan pertama bagi MRT yang akan menghubungkan ibu negara yang dijangka diduduki oleh seramai 10 juta orang menjelang tahun 2020.

Laluan pertama akan melalui pusat bandar dan berintegrasi dengan KTM Komuter, laluan transit aliran ringat (LRT) Kelana Jaya dan LRT Ampang.

Ia akan memberikan perkhidmatan kepada 1.2 juta pengguna melalui beberapa kawasan seperti Kota Damansara, Mutiara Damansara, Bandar Utama, Taman Tun Dr Ismail, Bukit Damansara, Cheras, Bandar Tun Hussein Onn dan Balakong.

Menyifatkan ia sebagai pelaksanaan projek infrastruktur yang terbesar di negara ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, projek itu membabitkan peruntukan RM36 bilion.

- Syarikat Prasarana Negara Bhd merupakan pemilik MRT.

- MMC-Gamuda JV Sdn Bhd hanya menguruskan projek berkenaan sebagai Rakan Penyampaian Projek.

- Sebuah program pentadbiran akan memantau projek itu dari segi ketelusan dan kos.

- Semua kerja kontrak akan dilakukan secara tender terbuka.

Artikel Lain