suria

PAS Belum Tentukan Calon DUN Tenang

KEPALA BATAS: PAS belum menentukan calon yang akan mewakili pakatan pembangkang bagi menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Johor yang kosong ekoran kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha, pada Jumaat lalu.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pakatan Rakyat akan bermesyuarat bagi menentukan calon terbaik bertanding pada pilihan raya itu nanti.

"Kita belum putuskan lagi siapa calon, tarikh pilihan raya kecil pun belum tahu lagi.

"Kita kena tunggu dulu, kalau dah ada nanti, kita akan bermesyuarat bagi menentukannya... sama seperti yang kita amalkan sebelum ini," katanya pada sidang media di Konvensyen Pakatan Rakyat Kedua di sini, Ahad.

Sebelum ini PAS menyatakan kesediaan untuk mempertaruhkan calon daripada parti itu bagi mewakli Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil itu nanti.

Sulaiman meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri dekat sini.

Artikel Lain