DAP Mahu PAS Pertahan Hak Bukan Islam - Semasa | mStar

DAP Mahu PAS Pertahan Hak Bukan Islam

KEPALA BATAS: DAP berikrar akan mempertahankan Islam sebagai agama rasmi negara ini seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dengan syarat PAS turut mempertahankan hak penganut agama lain.

Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, PAS perlu 'beri muka' kepada parti itu memandangkan DAP sedia mempertahankan hak Islam di negara ini habis-habisan.

"Islam adalah perkara utama dalam Perlembagaan Persekutuan kerana ia adalah agama rasmi di negara kita... DAP akan pertahankan habis-habisan tapi dengan syarat hak bukan Islam untuk beragama harus ada.

"Hak itu harus dipertahankan oleh PAS kerana DAP pertahankan PAS... bagi muka sikit kepada DAP," katanya semasa menyampaikan ucapan penggulungan pada Konvensyen Pakatan Rakyat Kedua di sini, Ahad.

Sebelum ini gabungan PAS-DAP-Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pakatan Rakyat dilihat menghadapi masalah kerana perbezaan pandangan mengenai penubuhan negara Islam yang diperjuangkan PAS.

Pada 1990 Karpal yang juga Ahli Parlimen Gelugor pernah memberi amaran kepada PAS supaya langkah mayatnya dahulu jika ingin menjadikan Malaysia sebagai negara Islam.

Bagaimanapun menurut Karpal, kini beliau sedar bahawa kenyataannya 20 tahun lalu sudah tidak releven.

"Perkara ini (isu Islam)boleh dibincangkan dengan baik, saya tak mahu Barisan Nasional (BN) mengeksploitasi isu ini lagi.

"Kita boleh bincang dengan baik... saya sedia berbincang dengan Tuan Guru Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat) dan Tuan Guru (Abdul) Hadi (Awang)... ia perlu dibincang dengan segara," katanya sambil disambut dengan tepukan gemuruh kira-kira 2,000 perwakilan yang hadir.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain