suria

Malaysia, Thailand Adakan Latihan Ketenteraan

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Thailand akan mengadakan buat pertama kali latihan ketenteraan bersama membabitkan ketiga-tiga perkhidmatan mereka di wilayah Prachuap Khiri Khan, Thailand, April depan.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin berkata mereka telah membuat pelbagai pelan bagi melaksanakan eksesais itu.

"Pelbagai mesyuarat telah diadakan, dan kami berpuas hati dengan kemajuannya.

Eksesais ini merupakan peringkat CPX (Eksesais Pos Kawalan) dan sedikit Eksesais Lapangan (FTX)," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan bersama mesyuarat jawatankuasa peringkat tinggi ke-26 antara Angkatan Tentera Malaysia dan Thailand, di sini, hari ini.

Turut hadir Panglima Angkatan Tentera Thailand Jeneral Songkitti Jaggabattara.

Azizan berkata objektif mesyuarat hari ini adalah bagi menyediakan satu platform bagi kedua buah negara untuk bertemu, bertukar-tukar pandangan, membincangkan perkara-perkara untuk kepentingan bersama seperti keselamatan sempadan sepanjang kawasan sempadan bersama.

"Untuk kali ini, angkatan tentera akan memimpinnya. Dalam latihan selepas ini, kita akan ada agensi penguatkuasa yang lain mengambil bahagian," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain