suria

ADUN Tenang Meninggal Dunia

Allahyarham Datuk Sulaiman Taha
Allahyarham Datuk Sulaiman Taha
Allahyarham Datuk Sulaiman Taha

JOHOR BARU: Ahli Dewan Undangan Negeri Johor kawasan Tenang, Datuk Sulaiman Taha, yang dirawat di Hospital Ampang Puteri di Kuala Lumpur kerana menghidap penyakit kencing manis, meninggal dunia awal pagi tadi.

Sulaiman, 59, menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 1.10 pagi Jumaat.

Ketua Perhubungan Umno Johor, Datuk Samsol Bahari Jamali ketika dihubungi mengesahkan mengenai perkara itu.

Allahyarham sebelum ini menghidap demam biasa selepas kembali daripada menghadiri majlis sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor pada petang 23 November sebelum dimasukkan ke Hospital Daerah Segamat pada hari yang sama setelah doktor mendapati kadar kandungan gula dalam badannya tinggi.

Sulaiman dipilih sebagai ADUN pada pilihan raya 2004 dan mengekalkan kerusi itu pada pilihan raya umum yang lepas.

Artikel Sebelum

Artikel Lain