suria

Suami Isteri Maut Dalam Kemalangan Di Sungai Siput

IPOH: Sepasang suami isteri terbunuh dalam kemalangan jalan raya di km 4.6 Jalan Felda Lasah-Sungai Siput malam tadi.

Ketua Polis Trafik Negeri, Supritendan Wan Abdullah Ishak berkata yang terbunuh dalam kejadian pada pukul 8.56 malam itu ialah penunggang motosikal Mokhtar Putih Ahmad, 60, dan isterinya Piah Husin 52, yang berasal dari Kampung Suak Pelang, Sungai Siput.

Mereka meninggal dunia di tempat kejadian.

Abdullah berkata, kejadian berlaku ketika pasangan suami isteri itu dalam perjalanan dari rumah ke pekan Sungai Siput dan bertembung dengan sebuah kereta.

Pemandu kereta itu tidak mengalami kecederaan dan telah membuat laporan polis, katanya. - BERNAMA

Artikel Lain