suria

Lelaki Maut Kereta Terbabas Dan Terbakar Di Jambatan Pulau Pinang

GEORGE TOWN: Seorang lelaki terbunuh apabila kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum terbakar di Jambatan Pulau Pinang di sini awal pagi tadi.

Pegawai Turus Trafik Negeri Deputi Supritendan (DSP) Abdul Rahim Md Din berkata kejadiaan dipercayai berlaku pada 1 pagi di kilometer 5.1 atas jambatan menghala ke Butterworth.

"Pemandu yang maut itu dikenali sebagai Khor Chai Tong, 25, yang mengalami kecederaan pada bahagian kepala serta mati sejurus dikeluarkan dari keretanya oleh rakannya yang mengekori kereta beliau," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Khor berasal dari Nibong Tebal dipercayai memandu laju sebelum terbabas berikutan kesan tayar sepanjang 4.8 meter yang kelihatan berhampiran tempat kejadian.

Anggota Bomba dan Penyelamat Prai mengambil masa lima minit untuk memadamkan kebakaran kereta itu.

Mayat Khor dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat. - BERNAMA

Artikel Lain