suria

Suhakam Kutuk Eksploitasi Kanak-Kanak Dalam Perhimpunan Awam

PETALING JAYA: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) pada Rabu mengutuk perbuatan menggunakan kanak-kanak dalam perhimpunan awam kerana sebagai satu bentuk eksploitasi dan kaedah tidak wajar bagi menjayakan motif penganjur.

Pesuruhjaya Suhakam James Nayagam berkata walaupun kebebasan berhimpun dijamin, namun beberapa kes baru-baru ini iaitu membawa kanak-kanak ke demonstrasi, merupakan satu eksploitasi mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

Sehubungan itu, Suhakam bercadang bertemu kumpulan yang merancang mengadakan perhimpunan bagi menasihati mereka agar mematuhi garis panduan serta peraturan sedia ada, katanya selepas menghadiri forum Pembuangan Bayi anjuran suruhanjaya berkenaan di sini.

Beliau diminta mengulas kehadiran kanak-kanak pada perhimpunan di Masjid Negara 5 Dis lepas berhubung isu air negeri Selangor.

Nayagam berkata Suhakam kesal dengan penyertaan kanak-kanak dalam perhimpunan awam kerana keselamatan mereka perlu diutamakan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain