suria

Nik Aziz Keluar HUSM, Masih Berehat Di Rumah

KOTA BARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, di sini sejak Khamis lepas, dibenarkan pulang ke rumahnya pada Selasa.

Setiausaha Akhbarnya, Mohd Fadzli Shaari berkata, Mursyidul Am Pas itu bagaimanapun masih memerlukan rehat di rumah.

"Tok Guru (Nik Aziz) keluar HUSM kira-kira jam 10 pagi semalam, selepas dimasukkan di Wad Eksekutif hospital itu, Khamis lepas," katanya kepada Bernama, pada Rabu.

Nik Aziz, 79, dimasukkan ke hospital itu kerana menghidap sakit pinggang akibat terjatuh dari kuda lebih 70 tahun lalu.

Menurut Mohd Fadzli, Nik Abdul Aziz diminta menjalani rawatan susulan Sabtu ini oleh doktor yang merawatnya di hospital yang sama. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain