suria

Islam Tolak Fahaman Pluralisme Agama: IKIM

KUALA LUMPUR: Islam menolak fahaman pluralisme agama yang mendakwa kesemua agama adalah sama baik dan sama benar, kata Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Datuk Nik Mustapha Nik Hassan.

Beliau berkata walaupun demikian, Islam mengiktiraf bahawa masih terdapat hakikat, kebenaran, kebaikan dan keindahan etika yang terkandung dalam agama-agama yang selainnya.

"Islam juga sentiasa mengalu-alukan sikap saksama, jujur dan berintegriti dari manapun datangnya. Kebaikan dan keindahan etika ini seharusnya digembleng untuk menjulang masyarakat Malaysia ke arah yang lebih baik," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini bagi mengulas mengenai isu fahaman pluralisme agama yang dilaporkan akhbar, Rabu.

Nik Mustapha berkata walaupun berlainan agama, perpaduan rakyat perlu dipupuk secara menggalakkan keunikan tradisi agama masing-masing sambil menggalakkan sikap saling bermuhibah, berbelas kasihan dan berkasih sayang sebagai saudara sesama manusia.

"Penganut pelbagai agama juga harus digalakkan berlumba-lumba dalam melaksanakan kebaikan, contohnya dalam bentuk membela golongan fakir miskin dan golongan yang memerlukan," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain