BANGKOK: Seorang rakyat Malaysia terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Sadao, Songkhla, Selasa.Ketua Polis Sadao, Kolonel Pramot Lerdboworn berkata Nordin Ahmad Razali dari Kedah mati di tempat kemalangan selepas pikup yang berdaftar di Thailand yang dipandunya terlanggar tiang lampu. Nordin dikatakan sedang menuju ke bandar raya Sadao apabila kemalangan berlaku.Butiran lanjut mengenai dirinya belum diketahui. - BERNAMA