suria

Mayat Pekerja Kolam Ikan Indonesia Ditemui Dengan Kesan Tikaman

KUALA LUMPUR: Mayat seorang penjaga kolam ternakan ikan keli rakyat Indonesia ditemui dengan kesan tikaman di perut dan leher berhampiran sebuah kolam di Kuala Kerling, Kuala Kubu Baharu dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supritendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata berkata mayat pekerja lelaki yang dikenali sebagai Idham, 41, itu ditemui oleh pekerja kolam pada pukul 7.30 malam.

"Polis yang tiba kemudian menemui mayat terperosok di bawah tebing kolam dan pemeriksaan lanjut mendapati ada kecederaan pada mulut, hidung serta bahu," katanya ketika dihubungi Bernama, Selasa.

Penyelia kolam itu berkata lelaki itu telah setahun bekerja di kolam terbabit dan dia selalu membawa beg berisi wang hasil jualan kad tambah nilai.

Norel berkata mayat lelaki di hantar ke Hospital Kuala Kubu Baharu untuk bedah siasat.

Beliau berkata terdapat 25 pekerja terdiri dari rakyat tempatan, Indonesia dan Bangladesh yang menjaga 64 kolam terbabit. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Zaid Sah Presiden Baru Kita

Artikel Berikut

Artikel Lain