suria

DAP Tangguh Pemilihan

PETALING JAYA: DAP membuat keputusan menangguhkan pemilihan parti itu sehingga Ogos 2012 seperti yang dilakukan Umno dan MCA bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Setiausaha DAP, Lim Guan Eng berkata, Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti memutuskan demikian berdasarkan Perkara VIII perlembagaan untuk menangguhkan kongres parti dan negeri untuk 12 bulan.

"Ini bermakna, kongres akan datang bakal diadakan pemilihan yang sepatutnya diadakan pada tahun depan ditangguhka sehingga Ogos 2012.

"Keputusan ini melibatkan pemilihan negeri iaitu Negeri Sembilan dan Sarawak yang dijadualkan mengadakan pemilihan akhir tahun depan," katanya dalam satu kenyataan di sini Selasa.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang memberitahu, CEC mengesahkan demikian ekoran keputusan Umno menangguhkan pemilihannya yang memberi tanda jelas bahawa pilihan raya umum akan diadakan pada bila-bila masa.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, MCA juga mungkin menunda pemilihannya pada Mac tetapi perlu meminda perlembagaan parti sebelum berbuat demikian.

Katanya, jawatankuasa pusat telah berbincang mengenainya dan jawatankuasa pemandu pemilihan yang dipengerusikan, Datuk Seri Kong Cho Ha akan mengkaji perkara berkenaan.

Artikel Sebelum

Zaid Sah Presiden Baru Kita

Artikel Berikut

Artikel Lain