suria

Bakal Anggota PDRM Harus Pandai Sesuaikan Diri

KUALA LUMPUR: Anggota dan pegawai polis yang baru tamat latihan dari Pusat Latihan Polis (Pulapol) perlu pandai menyesuaikan diri dalam menghadapi pelbagai situasi ketika menjalankan tugas dan tanggungjawab.

Komandan Pulapol SAC Zulkifli Mohamad berkata anggota dan pegawai perlu mempunyai sikap tegas jika berhadapan penjenayah dan mereka perlu menjadi mesra ketika berhadapan dengan masyarakat.

"Menjadi seorang pegawai yang berketrampilan bukan sahaja luaran malah dalaman. Mereka mesti pandai menyesuaikan diri dengan keadaan termasuk ketika berhadapan penjenayah dan masyarakat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perbarisan Serah dan Terima Tugas Komandan Pulapol Kuala Lumpur di sini pada Selasa.

Zulkifli menggantikan Datuk Amar Singh Ishar yang kini Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur.

Zulkifli berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) memerlukan pelatih yang dapat memberikan perkhidmatan secara tegas, berhemah serta adil.

Beliau berkata terdapat 3,000 pelatih untuk kemasukan fasa pertama tahun 2011 dan daripada jumlah itu, 2,000 pelatih Konstabel akan melapor diri pada 18 Jan depan manakala untuk pangkat Inspektor pada Mac. BERNAMA

Artikel Sebelum

Zaid Sah Presiden Baru Kita

Artikel Berikut

Artikel Lain